Soalan Popular
  • Soalan Popular
  • Umum
  • Pendaftaran & Log Masuk
  • Jemputan
  • Profil & Foto
  • Terokailah
  • Carian
  • Mesej
  • Twoo Premium
  • Twoo Premium VIP
  • Kredit
  • Kuki
  • Tetapan
  • Keselamatan &Penyalahgunaan
  • Aplikasi & Laman Mudah Alih
  • Hubungi kami

Soalan Popular

Di sini adalah senarai soalan yang kami terima dari para pengguna yang baru mula menggunakan Twoo.

  • Saya menerima jemputan yang tidak diingini untuk menyertai Twoo.

    Twoo hanya menghantar jemputan atas nama dan bagi pihak pengguna Twoo dan hanyalah jika salah seorang rakan anda memintanya. Pengguna Twoo boleh menjemput kenalan e-mel mereka untuk melihat profil mereka. Dengan cara ini, Twoo mahu membantu penggunanya untuk mengongsikan profil mereka. Walaubagaimanapun, jika anda tidak lagi mahu menerima jemputan daripada Twoo, anda boleh menyekat e-mel anda dengan mengklik pautan hentikan langganan di dalam salah satu mesej jemputan. Harap maklum bahawa dalam kes ini, anda tidak akan lagi menerima sebarang mesej daripada Twoo lagi.

  • Bagaimanakah caranya untuk menjadi ahli?

    Klik saja di pautan 'Daftar di sini' pada laman utama dan ikut arahan yang diberi. Anda memerlukan alamat e-mel yang sah untuk melengkapkan proses pendaftaran. Anda juga boleh mendaftar dengan akaun Facebook anda.

  • Bagaimana boleh saya tukar jumlah pemberitahuan mel yang saya terima?

    Pemberitahuan mel adalah e-mel yang dihantarkan ke alamat e-mel anda untuk memberikan isyarat bahawa anda mempunyai pelawat baru, mesej baru, padanan baru... Anda boleh memilih jika anda mahu menerimanya atau tidak. Ia terpulang kepada anda, tapi ingat: jika padanan anda sedang melawat profil anda, anda mungkin ingin segera mengenalinya, bukankah begitu?
    Anda sentiasa boleh mengubah tetapan pemberitahuan mel anda dengan pergi ke Tetapan. Klik Edit yang terletak di sebelah 'Tetapan mel' dan pilih tetapan pemberitahuan pilihan anda. Jangan lupa simpan selepas membuat perubahan!

  • Apa itu Twoo?

    Twoo adalah cara yang paling menyeronokkan untuk berkenalan dengan teman yang menarik di kawasan anda.



    Seronok

    Berjumpa dengan teman baru tidaklah begitu susah. Twoo membolehkan anda berbual, berkongsi foto dan berkenalan dengan teman baru. Dengan ini anda tidak akan berasa sunyi lagi.



    Bual

    Perkara pertama yang anda lakukan apabila anda melihat profil yang menarik ialah memulakan perbualan, bukan? Kami jamin ada ramai lagi yang hendak berbual.



    Dengan orang sebenar

    Tiada profil palsu di Twoo. Anda akan berasa selamat dan dapat berseronok!



    Terpulang kepada anda

    Apa yang anda mahu buat? Adakah anda sedang mencari senyuman? Gelak tawa? Ataupun tenaga positif yang banyak? Kawan baik? Bagaimana pula dengan temu janji? Anda pilihlah sendiri!

  • Saya terlupa kata laluan saya. Apa yang saya perlu buat?

    Klik pada pautan 'Terlupa kata laluan?' di halaman log masuk dan ikut arahan yang disediakan.

  • Saya ingin mengubah tahun kelahiran saya

    Atas sebab-sebab keselamatan, anda hanya boleh mengubah tarikh lahir anda satu kali sahaja. Jika anda melakukan kesilapan dalam tahun kelahiran anda dan anda tidak boleh membetulkannya sendiri lagi, sila hubungi Kaunter Bantuan dengan imbasan ID anda supaya kami dapat betulkannya untuk anda.

  • Bagaimana boleh saya tukar alamat e-mel saya?

    Pergi ke Tetapan dan pilih Ubah di bahagian Akaun. Masukkan alamat e-mel anda yang baru dan tekan butang 'Simpan'. Sila ingat yang anda hendaklah mengesahkan alamat e-mel tersebut dengan mengklik pautan di dalam e-mel yang kami hantarkan ke alamat e-mel baru anda.

  • Bagaimana saya memadamkan akaun saya?

    Adakah anda pasti anda mahu meninggalkan kami? Kami akan sangat merindui anda!

    Jika anda pasti yang anda mahu memadam akaun anda, sila pergi ke Tetapan dan klik ikon Edit di bahagian Akaun. Seterusnya klik 'Padam akaun' dan ikut arahan.