Terma & Syarat

Ringkasan
  1. Twoo mengendalikan platform dengan kebanyakan kandungannya diberikan oleh ahli.
  2. Anda bertanggungjawab untuk akuan log masuk anda dan untuk semua kandungan yang anda siarkan. Anda tidak boleh menyiarkan sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang membawa keburukan.
  3. Twoo mungkin sekali-sekala menyaring kandungan yang disiarkan oleh ahli, tetapi Twoo tidak bertanggungjawab untuk kandungan yang disiarkan oleh ahli.
  4. Anda bersetuju untuk menerima pemberitahun aktiviti atau e-mel berkaitan dengan profil anda. Anda boleh melaraskan pemberitahuan yang anda mahu terima dalam Tetapan anda pada bila-bila masa.
  5. Ketidakpatuhan boleh menyebabkan penamatan atau penggantungan tanpa diberikan amaran.
  6. Liabiliti Twoo adalah sangat terhad.
Persetujuan

Tapak web Twoo.com dan aplikasi Twoo yang boleh dimuat turun ("Tapak web") adalah dimiliki oleh Massive Media Match NV, sebuah syarikat yang didaftarkan di Ghent, Belgium dengan nombor syarikat 0537.240.636 (selepas ini "Twoo" atau "kami"), entiti perundangan UK adalah Massive Media UK Ltd, didaftarkan di England dan Wales bawah nombor pendaftaran 7803762, di alamat berikut: Westwood House, Annie Med Lane, South Cave HU13 0HX

Sekiranya anda menggunakan Tapak web ini, anda bersetuju dengan terma penggunaan ("Terma & Syarat"). Jika anda tidak bersetuju dengan Terma & Syarat, jangan gunakan Tapak web ini.

Anda perlu membiasakan diri anda dengan butiran Kenyataan Privasi dan Tatakelakuan kami. Terma & Syarat ini, beserta dengan Kenyataan Privasi dan Tatakelakuan, mengandungi keseluruhan perjanjian diantara anda dan Twoo ("Perjanjian").

Tapak web - penggunaan dan akses

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Twoo adalah untuk orang dewasa sahaja. Anda perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa menggunakan Tapak web. Sekiranya perundangan berkaitan menyatakan bahawa anda perlu berumur lebih daripada 18 tahun untuk dibenarkan menggunakan Tapak web secara sah, umur minimum yang tercatat dalam perundangan tersebut akan terpakai.

Anda perlu memberikan maklumat betul, tepat dan benar yang tidak mengelirukan, dan anda akan digesa mengemaskininya sekiranya berlaku sebarang perubahan. Anda mengakui bahawa maklumat yang anda berikan tidak melanggar sebarang hak pihak ketiga.

Keahlian

Anda boleh mendapat akses ke perkhidmatan kami dan menjadi ahli Tapak web dengan membuat profil pada Tapak web. Tiada orang boleh melanggan lebih daripada satu kali, walaupun dengan menggunakan nama yang berlainan. Keahlian adalah peribadi bagi ahli dan tidak boleh diberikan atau dipindahkan kepada pihak ketiga.

Twoo mempunyai hak untuk menolak sebarang permintaan untuk keahlian. Keahlian anda hanya bermula pada saat anda menerima e-mel pengesahan daripada Twoo.

Untuk mendapatkan akses penuh kepada perkhidmatan kami, anda boleh mengaktifkan Premium, dengan membayar yuran keahlian untuknya.

Penamatan dan penggantungan

Anda boleh menamatkan keahlian Twoo anda pada bila-bila masa melalui Tetapan anda.

Penamatan yang dilakukan oleh anda atau kami akan memberikan anda hak terhadap sebarang pembayaran balik.

Twoo boleh menamatkan atau menggantung keahlian anda pada bila-bila masa apabila (terdapat risiko serius bahawa) anda melanggar Terma & Syarat ini. Penamatan atau penggantungan ini boleh berlaku tanpa memaklumkan terlebih dahulu, namun kami akan sentiasa memaklumkan anda selepas itu melalui e-mel. Berikutan daripada penamatan atau penggantungan tersebut, anda tidak boleh mencuba untuk mendaftar sebagai ahli atau menggunakan perkhidmatan kami, melainkan kami memaklumkan kepada anda bahawa penggantungan digugurkan.

Anda memperakui dan bersetuju bahawa penamatan keahlian anda, atas sebarang alasan, menandakan bahawa kandungan yang anda muat naik pada Tapak web mungkin, mengikut budi bicara Twoo, (bukan sepenuhnya) dipadam.

Tanggungjawab ahli

Sebarang penggunaan Tapak web hendaklah mengikut undang-undang yang berkenaan. Anda tidak boleh menggunakan Tapak web apabila undang-undang berkenaan tidak membenarkan anda untuk berbuat demikian.

Sekiranya berlaku kesalahan jenayah yang dilakukan oleh ahli, Twoo boleh memindahkan data peribadi ahli tersebut kepada pihak berkuasa yang cekap, jika perlu, dan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada ahli yang berkenaan. Maklumat selanjutnya tentang cara kami mengendalikan data peribadi anda boleh didapati dalam Kenyataan Privasi kami.

Anda tidak boleh menggunakan Tapak web ini untuk menjual sebarang barangan atau perkhidmatan, atau mengedarkan sebarang bahan promosi tanpa kebenaran yang jelas dari Twoo.

Anda perlu mematuhi Tatakelakuan semasa menggunakan Tapak web ini.

Kandungan yang disiarkan oleh ahli

Twoo adalah tempat untuk anda berkenalan dengan teman baru, berbual dan berkongsi gambar. Memastikan Twoo selamat dan ramah adalah penting untuk anda dan untuk kami juga.

Anda bertanggungjawab untuk semua teks, gambar dan semua maklumat lain yang anda siarkan pada Twoo.

Secara khususnya:

  • Anda tidak boleh menyiarkan sebarang kenyataan yang menghina, lucah atau kandungan pornografik atau sebarang kandungan lain yang mungkin menjatuhkan maruah.
  • Anda tidak boleh membahayakan pelawat lain di Tapak web dengan memasang virus komputer atau malware lain.
  • Anda tidak boleh menyiarkan sebarang kandungan yang mengelirukan, mengganggu, mengugut, memfitnah atau yang menyiksa.
  • Anda tidak boleh menghendap ahli lain atau mencuba untuk meyakinkan mereka dengan pandangan politik atau keagamaan anda. Penggunaan simbol kebangsaan atau keagamaan yang berlebihan tidak akan dibiarkan.
  • Anda tidak boleh menyerupai mana-mana individu lain dan hanya boleh menyiarkan kandungan yang berkaitan dengan identiti sebenar anda.
  • Anda tidak boleh menyiarkan sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang atau kandungan yang mungkin menggalakkan kelakuan yang mungkin dianggap sebagai kesalahan jenayah. Foto yang memaparkan senjata adalah dilarang.
  • Anda tidak boleh menyiarkan kandungan yang melanggar hak milik intelektual atau hak potret orang lain. Ini bermakna anda tidak boleh menyalin bahan atau gambar orang lain tanpa kebenaran daripada mereka.
  • Ini adalah versi Bahasa Melayu bagi Twoo. Untuk memudahkan komunikasi dan proses pelarasan, sila gunakan Bahasa Melayu sahaja. Peraturan ini tidak terpakai untuk petikan peristiwa, sajak, lirik atau jenaka.

Beri perhatian!

  • Tapak web mungkin mengandungi kandungan yang mungkin anda dapati sebagai tidak menyenangkan.
  • Twoo mempunyai hak, bukannya tanggungjawab, untuk menyaring ahli dan kandungan yang mereka siarkan pada Tapak web, dan untuk memantau pertikaian di antara ahli.
  • Twoo mempunyai hak untuk memadam kandungan mana-mana pengguna pada Tapak web, sekiranya ia tidak mematuhi Terma & Syarat, atau membawa keburukan kepada syarikat atau mana-mana pihak ketiga.
Keselamatan

Jika anda menyiarkan dan/atau mendedahkan sebarang maklumat sulit atau sensitif kepada ahli lain tentang diri anda, maka anda menanggung sendiri sebarang kemungkinan akibat perbuatan tersebut.

Penggunaan nama pengguna, log masuk, kata laluan dan/atau kod entri lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "data log masuk") adalah tanggungjawab pengguna semata-mata. Pengguna perlu mengekalkan kerahsiaan dan keselamatan data log masuk. Pengguna perlu segera memaklumkan Twoo tentang pelanggaran atau penyalahgunaan data log masuk dengan menghantar e-mel kepada abuse-ms@twoo.com.

Anda bersetuju untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya apabila anda berinteraksi dengan ahli lain, terutamanya jika anda membuat keputusan untuk bertemu di luar atau jumpa secara peribadi. Selain itu, anda bersetuju untuk menyemak Tatakelakuan sebelum anda mula menggunakan Tapak web.

Anda perlu melaporkan dengan segera tentang sebarang penemuan kandungan yang menjejaskan atau menyalahi undang-undang di Twoo dengan mengklik butang 'Laporkan Penyalahgunaan'. Jika Twoo mengganggap aduan anda wajar, sebarang kandungan yang menyinggung perasaan akan dikeluarkan (teks, imej, maklumat atau data) secepat yang mungkin. Aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Pemberitahuan dan Mesej Perkhidmatan

Anda membenarkan Twoo untuk memberi anda notis penting pada laman web, aplikasi mudah alih atau melalui e-mel.

Maklumat hubungan yang anda beri perlu tepat atau anda mungkin tidak menerima notis penting. Untuk tujuan mesej perkhidmatan dan notis berkenaan perkhidmatan, Twoo boleh meletakkan notis sepanduk pada halaman untuk memaklumkan anda tentang perubahan tertentu seperti perubahan terhadap Perjanjian ini.

Sebagai alternatif, notis mungkin mengandungi e-mel daripada Twoo ke alamat e-mel yang dikaitan dengan akaun anda. Anda juga bersetuju bahawa Twoo boleh berkomunikasi dengan anda melalui akaun Twoo anda atau melalui cara lain termasuklah e-mel, nombor mudah alih atau telefon berkenaan akaun Twoo anda atau perkhidmatan yang dikaitkan dengan Twoo.

Sila semak Tetapan anda untuk mengawal jenis mesej yang anda terima dari Twoo. Anda memperakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap atau akibat daripada kegagalan anda untuk mengekalkan maklumat hubungan yang tepat atau maklumat lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kegagalan anda untuk menerima maklumat penting.

Liabiliti

Tapak web hanyalah satu platform untuk ahli menyiarkan maklumat tentang diri mereka sendiri dan untuk membenarkan ahli berhubung dengan ahli lain. Twoo sebenarnya tidak mengatur sebarang perjumpaan atau memberikan nasihat berkenaan hubungan atau padanan jodoh. Walaupun infrastruktur Tapak web disediakan oleh Twoo, kebanyakan kandungan diberikan oleh ahli. Twoo tidak bertanggungjawab untuk sebarang kelakuan ahlinya atau sekiranya perkhidmatannya tidak memenuhi kehendak anda. Twoo tidak memberikan sebarang jaminan tersurat atau tersirat berkenaan kebolehpercayaan, keselamatan atau keberterusan perkhidmatan ini.

Twoo tidak mempunyai kawalan terhadap kualiti, keserasian atau keselamatan Ahli atau terhadap kebenaran, ketepatan atau kesempurnaan sebarang penyiaran pada Tapak web. Anda memperakui bahawa, walaupun larangan dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini, kandungan yang tersedia pada Tapak web mungkin tidak tepat atau mengelirukan.

Walaupun Twoo mengambil semua langkah sewajarnya untuk memastikan bahawa Tapak web beroperasi dan bebas daripada ralat, ciri Internet dan perisian itu sendiri secara umumnya tidak membolehkan operasi berjalan secara berterusan dan bebas daripada ralat.

Anda memperakui dan bersetuju bahawa liabiliti berkontrak dan kontrak tambahan bagi Twoo adalah terhad untuk kerosakan langsung, sehingga jumlah maksimum yang kurang daripada jumlah berikut:

  1. Jumlah yuran keahlian yang anda bayar dalam tempoh dua belas (12) bulan sebelum kejadian yang mengakibatkan kerosakan; atau
  2. ,aks €20

Dalam sebarang keadaan Twoo tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan tidak langsung atau yang timbul akibat daripada atau berkenaan kelakuan anda atau orang lain yang berkaitan dengan penggunaan Tapak web, termasuk (tanpa had) tekanan emosi, kehilangan peluang, kehilangan data, kerugian masa yang diluangkan dan/atau sebarang kerosakan lain akibat daripada komunikasi atau pertemuan dengan ahli lain yang anda kenali melalui Tapak web kami.

Penafian dan had liabiliti di atas tidak terpakai sekiranya berlaku kecuaian melampau, pemalsuan atau kecuaian yang disengajakan bagi pihak Twoo. Jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, liabiliti untuk kecederaan tubuh badan dan kematian juga akan dikecualikan.

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada kami terhadap semua tuntutan pihak ketiga (termasuk bayaran yang dibayar bagi pihak kami) yang dibuat dan/atau berkaitan dengan penggunaan Tapak web oleh anda, maklumat dan/atau bahan lain yang disiarkan di Tapak web oleh anda dan/atau yang timbul akibat daripada atau disebabkan oleh sebarang pelanggaran kontrak.

Hak milik intelektual

Anda menjamin bahawa maklumat yang disiarkan pada profil anda adalah disiarkan oleh anda dan anda adalah satu-satunya penulis profil anda. Apabila anda memasukkan data yang sepatutnya boleh dilihat oleh ahli lain, termasuk tetapi tidak terhad untuk teks, gambar, imej, lukisan atau grafik untuk profil, penerangan foto, dsb., anda memberikan Twoo lesen tanpa had untuk menyebarkan, menggunakan, memproses, menterjemah atau mengubah data ini.

Tanda dagangan, logo, grafik, gambar, animasi, video dan teks yang muncul di https://www.twoo.com merupakan hak milik intelektual Twoo dan tidak boleh dihasilkan semula, digunakan, diterbitkan, diedarkan, dijual atau dipaparkan tanpa kebenaran bertulis daripada Twoo.

Foto halaman utama © 2009 Jim Sher

Undang-undang & mahkamah cekap yang berkaitan

Perjanjian akan ditadbir oleh undang-undang Belgium, tanpa merujuk kepada percanggahan peraturan undang-undangnya. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian yang berkaitan dengan Perjanjian atau penggunaan Tapak web, mahkamah Ghent, Belgium akan diberikan bidang kuasa.

Kredit

Kredit tamat tempoh 91 hari selepas pembelian (tetapi kami pasti anda akan menggunakannya sebelum tempoh itu!). Jika anda menerima kredit percuma atau promosi, kami boleh membatalkannya pada bila-bila masa. Jika anda memadam akaun anda (anda tak akan buat kami bersedih, bukan?!) atau jika Twoo menamatkan akaun anda (kerana anda berkelakuan nakal!), anda akan kehilangan semua kredit yang terkumpul.

Perubahan terhadap Terma & Syarat ini

Twoo boleh mengubah syarat ini pada bila-bila masa. Versi yang diubah akan dikuatkuasakan tiga puluh (30) hari selepas diterbitkan pada Tapak web, dan penggunaan Tapak web anda yang berterusan akan menunjukkan persetujuan anda terhadap versi baru. Jika perubahan ini memberi kesan negatif terhadap perkhidmatan yang anda bayar, anda mempunyai hak untuk membatalkan perkhidmatan ini dan menerima bayaran balik pro rata, sekiranya anda memaklumkan kami dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut.