Panduan keselamatan dalam talian dan luar talian
  • Panduan keselamatan dalam talian dan luar talian
  • Polis

Panduan Atas Talian dan Keselamatan Atas Talian

Di Twoo, kami sangat menitikberatkan keselamatan para pengguna kami. Kami selalu memantau semua profil, foto dan penggunaan bahasa di laman kami dan membuat apa sahaja untuk memastikan privasi dan keselamatan anda terjamin. Walaubagaimanapun, adalah penting bagi kami untuk mengingatkan anda bahawa keselamatan atas talian juga adalah tanggungjawab anda. Maka, sila berhati-hati dan berfikir sebelum bertindak. Jagalah keselamatan anda!

Maklumat Perhubungan & Melaporkan Penyalahgunaan

Sila maklumkan kepada kami tentang sebarang penyalahgunaan yang mungkin anda hadapi. Laporkan sebarang hendapan, serangan seksual, profil palsu dan sebagainya dengan segera! Sekat mana-mana pesalah supaya mereka tidak dapat menghubungi anda lagi dan maklumkan kepada kami supaya kami boleh menyekat profil pesalah tersebut dari Twoo. Twoo menyerahkan semua kes penyalahgunaan yang serius kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Keselamatan Atas Talian

Ini adalah beberapa petua yang boleh membantu anda melindungi diri anda daripada mudah menjadi mangsa kepada seseorang yang mempunyai niat tersembunyi.

  • Pastikan akaun anda selamat.

    Pilih satu kata laluan yang padu dan pastikan ia selamat. Kami amat mengesyorkan anda menukar kata laluan anda secara berkala. Jangan pernah majukan e-mel daripada Twoo kepada sesiapa pun, ini kerana e-mel kami mempunyai pautan akses secara langsung ke akaun anda.

  • Percayakan gerak hati anda.

    Naluri anda adalah alat yang amat berguna untuk membantu anda membuat keputusan sama ada anda mahu pergi lebih jauh dengan seseorang atau hentikan semuanya. Jika sesuatu hal memberikan anda rasa yang tidak betul, ianya mungkin tidak betul.

  • Jangan berikan butiran peribadi anda terlalu awal.

    Jangan terus berikan sebarang maklumat peribadi seperti alamat rumah atau tempat kerja anda. Gunakan telefon bimbit, perkhidmatan telefon tanpa nama atau Skype jika anda mahu berhubung, tetapi jangan berikan nombor telefon rumah anda.

  • Sentiasa amalkan etika dalam talian anda dan berkelakuan baik!

    Hanya kerana seseorang itu bukan jenis yang anda suka, ianya tidak bermakna anda berhak untuk melayan mereka dengan teruk.

Bertemu di Luar Talian

Twoo membantu ramai orang untuk membentuk hubungan tetapi juga menggalakkan mereka untuk menjaga keselamatan masing-masing. Sebelum anda membuat keputusan untuk bertemu dengan kenalan atas talian, pertimbangkan beberapa panduan untuk membantu anda semasa pertemuan pertama tersebut.

  • Jangan bertindak terburu-buru.

    Jangan tergesa-gesa untuk bertemu dengan rakan siber anda di luar talian dan jangan biarkan sesiapa menggesa anda. Luangkan masa mengenali satu sama lain di atas talian sebelum bercakap di telefon atau bertemu di luar talian.

  • Bertemu di tempat awam semasa pertemuan pertama anda.

    Jika anda bertemu, bertemulah di tempat awam di mana orang lain boleh melihat anda. Beritahu seseorang ke mana anda akan pergi dan dengan siapa. Uruskan pengangkutan anda sendiri dan pastikan anda gunakannya: masuk ke dalam kereta orang yang anda tidak kenal bukan idea yang baik.

  • Berwaspada semasa bertemu rakan atas talian anda di luar talian.

    Jika anda merasakan sesuatu tidak betul, tinggalkan tempat tersebut. Jangan harapkan sangat pada foto. Kami cuba untuk memantau dengan usaha yang terbaik tetapi foto yang digunakan mungkin adalah foto lama atau foto orang lain.

Keselamatan Kesihatan

Di Twoo kami sangat mengambil berat tentang hal ehwal komuniti kami. Kami senaraikan beberapa tips kesihatan seksual yang penting untuk dititikberatkan apabila membentuk hubungan baru.

  • Bersifat terbuka dan jujur.

    Komunikasi adalah penting dan bercakap secara terbuka tentang seks dan akibat yang mungkin menunjukkan bahawa anda menghormati diri anda dan pasangan anda. Adalah baik untuk membincangkan tentang penggunaan perlindungan, pemeriksaan STD dan sebagainya. Terdapat banyak STD yang dapat dirawat. Untuk mengelakkan risiko jangkitan atau jangkitan semula, adalah penting untuk berlaku jujur dengan pasangan anda.

  • Lindungilah diri anda.

    Gunakan perlindungan untuk mengurangkan risiko menjangkitkan orang lain atau mendapat STD. Kondom haruslah digunakan secara konsisten agar ianya dapat berfungsi dengan efektif.

  • Sedia maklum dengan maklumat terkini.

    Pengetahuan adalah kuasa. Cari tahu tentang STD yang berbagai, simptom-simptomnya dan bagaimana ianya terjangkit.

  • Berwaspadalah.

    Sesetengah STD tidak menunjukkan simptom secara terus. Pemeriksaan berkala adalah dinasihatkan. Terdapat banyak pilihan pemeriksaan. Tanyalah kepada doktor anda.

  • Perlukan bantuan?

    Terdapat banyak organisasi tempatan yang menyediakan sokongan dan maklumat. Cari pusat maklumat tempatan anda jika anda mempunyai soalan tentang seks, keseksualan, perancangan keluarga dan tingkah laku atau kata-kata yang tidak boleh diterima kepada doktor anda.