Kenyataan Privasi

Tarikh efektif: 08/30/2016

Tapak web dimiliki oleh Massive Media Match NV, sebuah syarikat yang didaftarkan di Ghent, Belgium dengan nombor pendaftaran syarikat 0537.240.636.

Kenyataan Privasi ini dibuat untuk menunjukkan komitmen tegas kami terhadap hak anda untuk privasi dan perlindungan data. Twoo memproses data peribadi anda dengan perlindungan sebaik mungkin untuk perlindungan anda dan selaras dengan Kenyataan Privasi ini dan mengikut peraturan ketat perundangan perlindungan data Belgium dan Eropah.

Kenyataan Privasi ini adalah sebahagian daripada Terma & Syarat Twoo dan perlu dibaca dengan teliti. Ia menyatakan hak anda dan menerangkan cara anda boleh menggunakannya. Ia menyatakan hak anda dan menerangkan cara anda boleh menggunakannya. Sebarang penggunaan Tapak web menunjukkan persetujuan untuk keseluruhan Kenyataan Privasi.

Jenis data peribadi yang kami kumpul
  • Maklumat umum yang dimuat naik oleh anda:

    • Maklumat dalam profil anda, foto...
    • Mesej yang dihantar kepada pengguna lain.
  • Maklumat peribadi yang dimuat naik oleh anda:

    • Data pentadbiran seperti nama pengguna dan kata laluan anda.
    • Tetapan anda.
  • Sejarah dan log:

    • Masa, tarikh dan URL semua halaman Twoo yang anda lawati.
    • Carian yang anda buat di tapak web.
    • Maklumat teknikal berkaitan dengan pelayar Internet dan komputer anda.

Semasa pendaftaran anda (dan seterusnya), anda boleh memberikan kami maklumat tentang nama, alamat e-mel, jantina, tarikh lahir, lokasi dan beberapa butiran tentang diri anda. Butiran profil Twoo anda boleh diubah pada bila-bila masa, kecuali jantina dan tarikh lahir anda.

Jika anda memilih untuk memberikan maklumat tambahan tentang diri anda, anda secara tersurat memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan maklumat tersebut seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini.

Apa yang kami buat dengan data peribadi anda?

Kami menggunakan data peribadi anda untuk:

  • Menerbitkan maklumat yang bertujuan dijadikan umum oleh anda, mengikut syarat yang dinyatakan dalam tetapan anda.
  • Membenarkan anda untuk menggunakan Tapak web dengan betul mengikut tetapan anda.
  • Melaksanakan urusan pentadbiran pelanggan am.
  • Menghantar maklumat tentang Tapak web, serta tentang produk dan perkhidmatan kami yang lain.
  • Menyediakan iklan yang menepati profil anda.
  • Menyiasat kes pemalsuan dan pelanggaran Tatakelakuan kami.
  • Menjana statistik tanpa nama tentang (pengguna) Tapak web, untuk menambah baik Tapak web atau menyampaikan maklumat statistik kepada pihak ketiga.
  • Mendaftarkan anda dan memaparkan profil anda di tapak web sosial lain yang dimiliki oleh Massive Media Match NV atau syarikat sepemunya, anak syarikat atau syarikat induknya.

Anda mungkin mahu kami menghantar e-mel kepada anda dengan pemberitahuan tentang mesej baru atau untuk tujuan lain yang berkaitan dengan penggunaan Tapak web. Anda boleh memilih atau menyahpilih mesej ini dalam "Tetapan" anda.

Dengan mendaftar di Tapak web ini, anda memperakui dan bersetuju bahawa data profil dan maklumat lain yang anda berikan, termasuklah data peribadi sensitif, boleh diakses dari negara luar dari Belgium. Harap maklum bahawa negara luar dari Eropah mungkin mempunyai standard perlindungan data yang lebih rendah berbanding Belgium.

Cara data peribadi anda dikongsikan dengan pihak ketiga

Pihak ketiga boleh mengakses semua maklumat yang ingin dijadikan umum oleh anda, mengikut syarat yang dinyatakan dalam tetapan privasi anda.

Kami bencikan spam, sama seperti anda juga. Alamat e-mel anda tidak akan sesekali kami kongsikan dengan mana-mana pihak ketiga.

Maklumat statistik atau tanpa nama tentang pengguna kami boleh didedahkan untuk tujuan pemasaran dan promosi. Dalam situasi ini, kami tak pernah sesekali mendedahkan maklumat yang boleh digunakan untuk mengecam anda secara peribadi.

Kami tidak pernah berkongsikan data peribadi anda yang lain kepada mana-mana pihak ketiga, melainkan anda memberikan kebenaran terang-terangan. Bagaimanpun, kami boleh memberikan akses ke data peribadi anda sekiranya berlaku penggunaan yang melanggar undang-undang, apabila kami menerima arahan daripada pihak berkuasa undang-undang atau untuk melindungi hak kami.

Kuki dan pepijat web

Tapak web menggunakan kuki untuk mengecam anda sebagai pengguna Tapak web, untuk mengingati bahasa pilihan anda dan untuk memudahkan navigasi di Tapak web. Anda boleh menyahaktifkan kuki dalam pelayar Internet anda, namun sesetengah ciri Tapak web tidak akan berfungsi dengan baik lagi jika anda melakukan sedemikian.

Jangka masa dan lokasi storan

Twoo mengguna pakai jangka masa storan berikut:

  • Maklumat yang anda muat naik: disimpan dalam tempoh masa 6 bulan selepas anda memadam maklumat ini, atau memadam akaun anda. (Nota: anda boleh memadam akaun anda pada bila-bila masa. Jika anda tidak melog masuk ke akaun anda dalam tempoh 6 bulan, akaun anda boleh dipadam secara automatik.)
  • Sejarah dan log: disimpan dalam masa tempoh 6 bulan selepas item sejarah atau log dicipta.
  • Kuki: kuki yang digunakan pada Tapak web mempunyai tempoh hayat maksimum 100 hari.

Data peribadi anda boleh disimpan dalam negara luar dari EU.

Langkah keselamatan

Langkah keselamatan disediakan di Twoo menghalang kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat yang berada bawah kawalan kami. Twoo menggunakan usaha standard industri untuk mengawal kerahsiaan maklumat peribadi anda. Walaupun "keselamatan sempurna" tidak wujud di Internet, pakar teknikal kami di Twoo bekerja keras untuk memastikan keselamatan dalam talian anda.

Hak anda

Anda boleh mendapatkan akses ke data peribadi anda secara percuma (dan membetulkannya, atau meminta ia dibetulkan, jika perlu). Sila segera kemas kini maklumat anda jika perlu.

Anda boleh membantah penggunaan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

Pendedahan Anti-Jejak

Anti-Jejak ('DNT') adalah satu pilihan privasi dimana para pengguna boleh tetapkan di pelayar web mereka. DNT merupakan satu cara untuk para pengguna maklumkan pada laman web dan perkhidmatan dimana mereka tidak mahu maklumat yang tertentu tentang lawatan laman web mereka dikumpul melebihi masa dan di keseluruhan laman web atau perkhidmatan atas talian. Kami komited dalam menyediakan kepada anda dengan pilihan berkesan tentang maklumat yang kami kumpul. Walau bagaimanapun, kami tidak mengenali atau bertindak balas kepada sebarang signal DNT, kerana industri Internet berusaha dalam menentukan fungsi DNT, apa yang dimaksudkan dengan mematuhi DNT, dan pendekatan biasa dalam bertindak balas kepada DNT.

Kawalan kata laluan anda

Anda tidak boleh mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga atau berkongsikannya dengan mana-mana pihak ketiga. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan kata laluan anda selamat.

Jika kata laluan anda telah didedahkan atau dicuri, segera ubah kata laluan anda melalui Tetapan. Sila maklumkan kami tentang sebarang pelanggaran privasi atau penyalahgunaan data log masuk dengan menghantar e-mel kepada abuse-ms@twoo.com.

Kami sangat menggalakkan anda untuk mengubah kata laluan anda secara berkala. Memilih kata laluan yang selamat akan mengurangkan risiko akses yang tidak dibenarkan ke akaun anda.

Mengimport kenalan anda

Di sesetengah negara Twoo menawarkan ahli alat mudah untuk menjemput kenalan anda agar mendaftar di Twoo. Jika anda mahu mengimport kenalan anda, anda mengesahkan bahawa mereka memberikan anda kebenaran untuk anda berbuat demikian dan anda setuju bahawa jemputan e-mel automatik dan peringatan akan dihantar bagi pihak anda kepada kenalan yang anda pilih. Twoo menyimpan butiran kenalan kawan anda hanya untuk tujuan menyambungkan mereka dengan anda secara automatik selepas pendaftaran mereka.

Twoo tidak menjual alamat e-mel atau menggunakannya untuk menghantar sebarang komunikasi lain selain daripada jemputan. Kenalan anda boleh klik pada pautan nyahlanggan dalam mel jemputan untuk mengelakkan daripada menerima jemputan selanjutnya dari Twoo.

Perubahan terhadap Kenyataan Privasi ini

Kami mempunyai hak untuk mengubah suai Kenyataan Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan terhadap Kenyataan Privasi ini akan disiarkan pada Tapak web ini agar anda sentiasa menyedari tentang maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakannya dan keadaan tertentu semasa kami mendedahkannya.

Versi yang diubah akan berkuat kuasa tiga puluh (30) hari selepas disiarkan pada Tapak web.