Tatakelakuan

Kami mahu semua pengguna menggunakan Twoo dengan selamat dan bertanggungjawab. Oleh itu, sila baca dan patuhi Tatakelakuan serta Terma & Syarat. Dan semoga berseronok!

Arahan Twoo
  • Muat naik foto dan teks anda sendiri sahaja.

    Kami memandang serius tentang hak cipta. Jika anda tidak mempunyai hak terhadap gambar atau teks, jangan siarkannya. Malah, jika anda berkenalan dengan seseorang, dan didapati anda tak seperti dalam gambar, bukankah ia memalukan?

  • Berkongsi dan berkongsilah dengan sewajarnya!

    Berikan tanggapan yang baik dan muat naik gambar terbaik anda. Berseronoklah dan beritahu kami tentangnya. Beritahulah rakan anda, dan semua orang juga. Tapi, dilarang spam: tak ada orang sukakan spam!

  • Fikir sebelum bertindak!

    Fikir dahulu sebelum anda menyiarkan, bertemu kenalan dan memilih tempat anda akan bertemu. Tempat tersembunyi di taman bukan satu idea yang baik, bukan?

  • Patuhi garis panduan kami.

    Moderator mungkin menjengkelkan. Namun, jika anda tak mahu mematuhi peraturan kami, sila beredar! Twoo, membina hubungan berdasarkan perasaan hormat: hormat kepada pengguna kami, sesama kita dan kepada moderator kami.

Larangan Twoo
  • Dilarang mengganggu atau spam pengguna lain.

    • Dilarang menyiarkan atau menghantar mesej atau gambar yang berbaur bahaya, ugutan, mengelirukan, fitnah, dendam, agresif, perkauman, kesat, cemuhan, kurang sopan, hinaan, kasar, lucah atau mempunyai kandungan pornografik.
    • Dilarang spam, dilarang memancing undi, dilarang menghantar iklan atau surat berantai yang tidak diingini dan dilarang memenuhkan atau menulis teks yang panjang berjela-jela.
  • Jangan memalukan diri sendiri.

    • Dilarang menyiarkan gambar dan teks pornografik.
    • Dilarang menawarkan perkhidmatan pelacuran atau pelayan di tapak kami.
    • Dilarang menawarkan diri anda. Anda sebenarnya lebih bernilai!
  • Dilarang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang di tapak kami. Jika tidak, kami akan melaporkan anda kepada pihak berkuasa.

    • Dilarang menyiarkan komen atau gambar berbaur perkauman dan dilarang mencaci orang lain disebabkan kecendurangan seksual mereka.
    • Dilarang menawarkan perkhidmatan pelacuran dan pelayan. Dilarang terlibat dengan pornografi kanak-kanak atau sodomi.
    • Dilarang menyiarkan kandungan sekiranya anda tidak mempunyai hak pemilikan terhadapnya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang anda siarkan. Twoo tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tidak mempunyai hak terhadap kandungan yang disiarkan. Twoo akan mengenakan sekatan apabila dimaklumkan kandungan tersebut melanggar hak pihak ketiga.
    • Jangan cuba menggodam Twoo atau menggodam akaun Twoo orang lain. Anda berkemungkinan dikenakan hukuman penjara dan/atau denda jika melakukan kesalahan tersebut.

Kegagalan untuk mematuhi garis panduan ini akan mengakibatkan amaran atau sekatan dikenakan dari tapak ini. Harap maklum bahawa kami tidak berkewajipan untuk memberi amaran kepada anda sebelum kami bertindak sebegini. Sekiranya kesalahan serius dilakukan, kami serta-merta akan menyekat anda dari tapak tanpa memberikan anda pilihan untuk mendapatkan akaun anda semula.

Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan Twoo menjadi tempat yang seronok dan mesra untuk semua pengguna kami. Jika anda tidak bersetuju, sila sertai tapak lain atau cipta sendiri tapak anda.

Ada sebarang aduan?

Anda boleh melaporkan semua kes penyalahgunaan dengan mengklik butang 'Laporkan penyalahgunaan'.